Budak Serigala, Ame dan Yuki
Budak Serigala, Ame dan Yuki

Budak Serigala, Ame dan Yuki

Budak Serigala Ame dan Yuki (bahasa Jepun: おおかみこどもの雨と雪, Romaji: Ōkami Kodomo no Ame to Yuki) ialah filem animasi Jepun 2012 yang diarah dan ditulis bersama oleh Mamoru Hosoda.[3][4] Filem ini dibintangi oleh suara-suara Aoi Miyazaki, Takao Osawa, Haru Kuroki dan Yukito Nishii. Kisah animasi ini mengenai seorang ibu muda yang terpaksa untuk membesarkan dua orang kanak-kanak serigala jadian selepas bapa mereka meninggal dunia.Untuk menghasilkan filem ini, pengarah Hosoda menubuhkan Studio Chizu yang menghasilkan bersama filem ini dengan syarikat Madhouse. Yoshiyuki Sadamoto, pereka watak bagi Fushigi no Umi no Nadia (1990) dan Neon Genesis Evangelion (1995), mecipta watak-watak untuk filem ini. Filem Budak Serigala Ame dan Yuki mula tayang di Premiere Dunia di Paris pada 25 Jun 2012, dan telah ditayangkan di pawagam pada 21 Julai 2012 di Jepun.[5] Filem ini dilesenkan oleh Funimation Entertainment di Amerika Utara dan diterbitkan dalam bentuk DVD dan Blu-ray pada 23 November 2013.[6] Filem ini telah ditayangkan di United Kingdom pada akhir bulan Oktober 2013 dengan edisi DVD dan Blu-ray Deluxe / DVD oleh Manga Entertainment pada 23 Disember 2013.

Budak Serigala, Ame dan Yuki

Bahasa bahasa Jepun
Cerita oleh Mamoru Hosoda
Muzik oleh Takagi Masakatsu
Lakon layar oleh Satoko Okudera
Mamoru Hosoda[1]
Disunting oleh Shigeru Nishiyama
Pengarah Mamoru Hosoda
Penerbit Yuichiro Saito
Takuya Ito
Takashi Watanabe
Pecah panggung $53,923,613[2]
Bahasa Jepun おおかみこどもの雨と雪
Mula ditayangkan 25 Jun 2012 (2012-06-25) (France)
Julai 21, 2012 (Japan)
Hepburn Ōkami Kodomo no Ame to Yuki
Syarikatpenerbitan
Studio Chizu
Madhouse
Tempoh tayangan 117 minit
Dibintangi oleh Aoi Miyazaki
Takao Osawa
Haru Kuroki
Yukito Nishii
Negara Jepun
Pengedar Toho

Rujukan

WikiPedia: Budak Serigala, Ame dan Yuki http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2011-12-13/su... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-01-16/am... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-05-30/pa... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-10-14/fu... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-02-07/wo... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-03-24/wo... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-05-01/wo... http://www.animenewsnetwork.com/review/wolf-childr... http://www.animenewsnetwork.com/review/wolf-childr...